Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

11 guru bergabung hasilkan klip video ‘Air Mata Syawal’

bhnews@bh.com.my

LANGKAWI: Seramai 11 guru dari tujuh sekolah bergabung tenaga menghasilkan klip video lagu raya menerusi lagu ‘Air Mata Syawal’, nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Klip video berdurasi 4.04 minit itu hasil rakaman dibuat di rumah masing-masing di Langkawi, Kubang Pasu, Baling dan Pulau Pinang kini tular di media sosial, sejak petang semalam.

Kumpulan guru dari dua negeri itu terdiri daripada Putra Iqmal Hashim, 26, Mohd Mustaqim Muhaidi, 34, dan Hussain Yusuf ,39, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka.

Turut serta, Mohamad Firdaus Fadzil, 38, Mohd Shafiq Suhaimi, 24, (SK Penghulu Ahmad), Mohamad Amirul Asyraf Md Zin, 35, (SK Padang Matsirat); Mohamad Azwan Mohd Arham, 36, dan Mohd Shahimi Abd Kemali, 39, (SK Pulau Tuba).

Dibantu, Hasnulhadi Ibrahim, 34, (SK Kampung Sadek, Baling); Ammar Abd Aziz,31, (SK Ayer Itam, Pulau Pinang) dan Ahmad Izzat Khairi, 35, (SK Bukit Tangga, Kubang Pasu).

Ketua projek, Putra Iqmal berkata, gubahan lagu bertemakan retro/jazz itu adalah sebahagian aktiviti untuk mengubat rindu kerana tidak dapat pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami 11 orang bersepakat dan gubahan serta rakaman dibuat bagi meluahkan rasa rindu kepada keluarga di kampung halaman.

“Lagu dinyanyikan Mohd Mustaqim dan kami mengambil masa sembilan hari bagi menyiapkan klip video ini,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berkata pihaknya menggunakan aplikasi audio Logic Pro untuk menghasilkan klip video menarik itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version