11 kluster baharu, 4 daripadanya kluster pendidikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 11 kluster baharu Covid-19, dengan empat daripadanya membabitkan kluster pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster lain membabitkan kluster komuniti manakala kluster tempat kerja dan keagamaan masing-masing melaporkan dua kluster.

Empat kluster dikesan di Selangor, dua kluster dilapor di Johor, manakala Kelantan, Sarawak, Perak, Melaka dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kluster.

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

• Kluster Jalan Sungai Panjang (Sabak Bernam) dengan 11 kes
• Kluster Jalan Benut Kluang (Kluang) dengan 25 kes
• Kluster Tanah Lesen (Sabak Bernam, Petaling dan Klang) dengan 13 kes
• Kluster Gugusan Alam (Kuala Selangor) dengan 27 kes
• Kluster Kampung Terusan (Kota Bharu) dengan 40 kes
• Kluster Kampung Boyan (Kuching) dengan 19 kes
• Kluster Jalan Abdul Hamid (Kinta) dengan 19 kes
• Kluster Jalan Kelab Golf Tiga Belas (Petaling, Klang, Hulu Langat, dan Sepang) dengan 23 kes
• Kluster Jalan Semabok (Melaka Tengah) dengan 11 kes
• Kluster Parit Lintang (Batu Pahat dan Johor Bahru) dengan 13 kes
• Kluster Jalan Menteri (Kota Kinabalu dan Penampang) dengan 9 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,887 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 470 kluster aktif manakala 1,417 kluster telah tamat.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.