12 tahun jadi mangsa nafsu bapa kandung

[email protected]

BUKIT MERTAJAM: Tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya selama 12 tahun menyebabkan seorang gadis tampil membuat laporan polis mengenai kegiatan terkutuk ketua keluarganya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima laporan daripada remaja berusia 18 tahun itu yang mendakwa dicabul oleh bapa kandungnya di ruang tamu rumah di Taman Seri Delima, di sini, petang Selasa lalu.

“Menurut mangsa, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dia didatangi bapanya yang kemudian memasukkan tangan ke dalam seluar dalam lalu meraba kemaluannya.

“Ketika itu ibu mangsa berada di dalam bilik air dan apabila ibunya keluar, bapa mangsa terus memberhentikan perbuatannya itu. Sebelum ini, mangsa memberitahu dia dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia enam tahun.

“Perkara itu berlaku hampir setiap hari, selain mangsa pernah diliwat oleh bapanya ketika berusia 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tidak tahan dengan perbuatan bapanya mangsa kemudian membuat laporan polis selepas kejadian terbaru menimpanya.

“Mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik sebelum ini tidak pernah melaporkan perkara itu kerana trauma dan takut dengan bapanya, selain tidak mahu menjejaskan hubungan antara kedua ibu bapanya. Jadi dia sanggup merahsiakan perbuatan terkutuk bapanya itu,” katanya.

Shafee berkata, susulan laporan diterima polis ke rumah mangsa, bagaimanapun suspek berusia 45 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang dipercayai melarikan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Polis kini sedang mengesan suspek, termasuk mengambil lima barangan kes di rumah mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.