15 gerai hangus

[email protected]

Banting: Sebanyak 15 gera berdekatan Pantai Morib dekat sini hangus dalam kebakaran semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting kemudian bergegas ke lokasi dengan bantuan dari BBP Telok Panglima Garang serta BBP Cyberjaya.

“Operasi pemadaman dimulakan pada 2.16 petang dan selesai sepenuhnya pada 4.50 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, difahamkan tiada gerai yang beroperasi ketika kebakaran itu berlaku dan tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.14 petang dan dua kenderaan polis ke lokasi bagi mengawal keadaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.