Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

18 terbunuh dalam serangan di Afrin

BEIRUT: Serangan ke atas bandar Afrin yang dikuasai pemberontak di utara Syria membunuh sekurang-kurangnya 18 orang semalam.

Have you seen this video?

Kumpulan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia, berkata kebanyakan mangsa adalah pesakit dan kakitangan sebuah hospital.

Menurut seorang pengawas perang badan pemantau itu, seorang doktor, tiga kakitangan hospital, dua wanita dan dua kanak-kanak terkorban di hospital Al-Shifaa di bandar yang ditahan pemberontak disokong oleh Turki.

Seorang komander pemberontak juga maut di hospital terbabit, kata kumpulan pemantau itu, sambil menambah 23 orang lagi mengalami kecederaan.

Seorang wartawan AFP turut menunjukkan visual rakaman pekerja bertopi keledar putih di halaman sebuah hospital yang dipenuhi mayat.

Pengarah kumpulan pemantau, Rami Abdel Rahmane, berkata tembakan itu menyasarkan beberapa kawasan di bandar dan hospital.

“Sebilangan besar mangsa maut dalam tembakan di hospital dan jumlah korban mungkin meningkat berikutan keadaan beberapa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Mangsa difahamkan terkena tembakan artileri dipercayai dari wilayah utara Aleppo utara, di mana militia menyokong Iran dan Syria ditempatkan, dekot zon dikuasai pasukan Kurd.

bagaimanapun pasukan Kurd yang diterajui Pasukan Demokratik Syria (SDF) mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan dalam serangan itu.

Wilayah itu, seperti mana semua kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Turki, sering menyaksikan sasaran pembunuhan, pengeboman dan penembakan.

Tembakan rejim Syria di wilayah Idlib yang dikuasai pembangkang membunuh 12 orang pada Khamis lalu, menjadi serangan pasca gencatan senjata terburuk sejak 15 bulan lalu, kata pengawas perang.

Konflik di Syria mengorbankan hampir 500,000 orang sejak ia bermula pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap demonstrasi secara damai. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version