2 maut, 8 cedera van terbalik

[email protected]

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala lapan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Jalan Stulang Laut menghala ke bandar raya, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, berkata van Toyota Hiace yang dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu membawa sembilan pekerja pengawal keselamatan.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi tadi, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera, Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Hilux digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah van yang terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Di dalam van itu terdapat 10 mangsa termasuk pemandu berusia antara 25 hingga 40-an, selain kesemuanya warga Nepal manakala pemandunya adalah warga tempatan.

“Dua mangsa maut iaitu pemandu meninggal dunia di dalam kenderaan dan penumpang hadapan warga Nepal berusia 30-an tercampak keluar dari kenderaan, manakala tiga cedera parah serta lima cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Katanya, sehingga kini, operasi masih berjalan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.