PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua pangsapuri di Cheras dan Kuala Lumpur mulai Jumaat hingga 10 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan semua blok di pangsapuri Permai dan hanya blok C serta D untuk Pangsapuri Sri Penara.
Beliau berkata, terdapat peningkatan kes yang ketara di dua pangsapuri itu dalam 10 hari ini.
“Sebanyak 78 kes positif dikesan daripada 101 ujian saringan di Pangsapuri Permai.
“Di Pangsapuri Sri Penara pula, terdapat 111 kes positif Covid-19 selepas 123 penghuni disaring,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)