Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

20 klinik swasta jadi pusat vaksinasi COVID-19

bhnews@bh.com.my

KOTA KINABALU: Sebanyak 20 klinik swasta di Sabah bakal dijadikan pusat vaksinasi bagi meningkatkan bilangan fasiliti untuk program vaksinasi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata majoriti pusat vaksinasi sedia ada di negeri ini membabitkan pusat kesihatan kerajaan dan bangunan kerajaan.

Katanya, ketika ini 24 hospital kerajaan, 28 klinik kerajaan dan 24 bangunan kerajaan digunakan sebagai pusat vaksinasi.

Sementara itu Hajiji berkata walaupun pihaknya lega rakyat Sabah mula menyedari kepentingan vaksin COVID-19, masih terdapat banyak usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan pendaftaran penerima vaksin.

“Setakat 19 Mei, hanya 17 peratus daripada 498,392 populasi Sabah mendaftar program vaksinasi COVID-19.

“Dalam tempoh yang sama, jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di Sabah adalah sebanyak 156,275 iaitu 59,904 orang menyempurnakan dua dos, manakala 96,371 orang pula menerima suntikan dos pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri menerima sumbangan RM200,000 dari syarikat pegangan pelaburan, Kanger International Bhd bagi mengatasi pandemik COVID-19.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, Steven Kuah kepada Hajiji.

Hajiji berkata Kanger International Bhd turut menawarkan sumbangan vaksin Sinopharm kepada kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan mengambil tawaran terbabit selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Setakat ini, Sabah menerima 223,470 dos vaksin daripada Kerajaan Persekutuan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version