Pelajar perempuan lepaskan tembakan di sekolah, tiga cedera

LOS ANGELES: Seorang pelajar perempuan melepaskan tembakan di sebuah sekolah terletak di Idaho, Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan tiga orang cedera sebelum senjatanya dirampas oleh guru, menurut polis.

Murid Sekolah Menengah Rigby, terletak berhampiran kawasan air terjun Idaho yang tidak didedahkan butiran identitinya, belajar di kelas gred enam berkemungkinan berusia dalam lingkungan 11 atau 12 tahun.

“Dia mengambil pistol dalam beg galasnya dan melepaskan tembakan beberapa kali di dalam dan luar sekolah,” kata Sherif County, Jefferson Steve Anderson.

Menurut Anderson, kecederaan yang dialami tiga mangsa, termasuk dua pelajar dan seorang kakitangan sekolah itu dilaporkan tidak parah.

“Ketika tembakan, seorang guru merampas senjata daripada murid berkenaan dan menahannya sehingga pihak berkuasa tiba untuk membawanya untuk siasatan,” kata Anderson pada sidang media.

Insiden tembakan berkenaan turut disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa tempatan.

Beberapa minggu lalu, banyak insiden tembakan berlaku di AS, termasuk di sebuah kemudahan penghantaran FedEx di Indianapolis, sebuah bangunan pejabat di California, kedai runcit di Colorado dan beberapa spa di Atlanta.

Presiden AS, Joe Biden pada bulan lalu menyifatkan keganasan senjata api di negara itu sebagai ‘epidemik’ dan ‘memalukan antarabangsa’.

Berdasarkan data Arkib Keganasan Senjata Api, lebih 43,000 kematian berkaitan senjata api direkodkan di AS pada tahun lalu, termasuk bunuh diri. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.