13 individu dikompaun kerana berkumpul

[email protected]

JITRA: Polis menahan dan mengenakan kompaun ke atas 13 individu, termasuk empat remaja perempuan kerana berkumpul di tepi jalan tanpa alasan munasabah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata mereka ditahan berhampiran lampu isyarat Teluk Tenggiri, Jalan Jitra – Kodiang kira-kira 3 pagi tadi.

Katanya, mereka dikompaun maksimum RM4,000 seorang kerana kesalahan berhimpun, selepas gagal memberi alasan yang wajar untuk berkumpul di tempat berkenaan.

Katanya, 13 individu itu terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan yang menetap di sekitar Changlun, Kodiang dan Jitra.

Beliau berkata, seorang dari remaja lelaki masih bersekolah di tingkatan lima, manakala seorang lagi pelajar kolej dan dua lagi bekerja di kilang.

“Mereka dikompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2021, iaitu kesalahan berkumpul tanpa alasan munasabah.

“Berikutan itu, 13 kenderaan disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan lapan motosikal Honda EX-5, satu motosikal 135LC dan Solariz, satu kereta PERODUA Axia dan PERODUA Viva,” katanya.

Rodzi berkata, dalam operasi itu juga, sebanyak 47 saman dikeluarkan membabitkan 46 motosikal dan satu kereta kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, antaranya tidak memakai topi (dua), gagal menunjukkan lesen (dua), memasang aksesori (10), tiada cukai jalan (dua), tiada insurans (dua), ubah suai ekzos (empat), tidak pamer P (satu), cermin sisi (12), nombor pendaftaran (tujuh) dan tidak patuh arahan polis (dua).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.