Jasa petugas di sebalik tabir juga dihargai

[email protected]

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan pada Aidilfitri hari ini, termasuk dalam sektor bukan perubatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kementerian itu juga memandang tinggi jasa petugas di sebalik tabir dalam semua bidang dan peringkat yang membantu menangani wabak COVID-19 ketika orang lain bercuti.

“KKM mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia.

“KKM juga ingin merakamkan sekalung penghargaan, khususnya kepada semua petugas barisan hadapan dan juga di balik tabir, termasuk petugas kesihatan KKM dan sukarelawan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan pelbagai agensi lain yang komited memberikan perkhidmatan mereka semasa musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua petugas barisan hadapan dan di sebalik tabir juga mengharapkan masyarakat dapat berperanan dalam memerangi wabak COVID-19.

“Semoga dengan amalan norma baharu ini, kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 di Malaysia sama ada semasa, mahupun selepas musim perayaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.