Perak rekod kebolehjangkitan tertinggi

[email protected]

Kuala Lumpur: Perak merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (RO) Covid-19 paling tinggi iaitu 1.32, diikuti Terengganu dan Kedah, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Terengganu mencatatkan Ro 1.29 manakala Kedah pula 1.22, diikuti Pulau Pinang (1.21) dan Melaka (1.18).

“Kadar kebolehjangkitan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik kepada 1.14 berbanding 1.13 sebelumnya,” katanya menerusi Facebook rasmi beliau.

Ro (R naught) merujuk kepada kebolehjangkitan virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti Covid-19 yang dibawa oleh kes dalam wabak itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, hanya tinggal dua daerah zon hijau di Semenanjung iaitu Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.

“Berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia bermula 30 April lalu, semua daerah mencatatkan zon merah dan kuning.

“Hanya tinggal dua daerah zon hijau di Semenanjung. Terus patuhi SOP (prosedur operasi standard) di musim perayaan, jaga diri dan keluarga,” kata KKM menerusi Facebook rasmi, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.