Polis nafi dakwaan kenakan kompaun RM30,000 kerana langgar SOP Aidilfitri

Gambar tular di media sosial bertajuk ‘Area Rumah Aku Nilai Impian.Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K’ yang mendakwa polis mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 ke atas orang awam kerana melanggar SOP Aidilfitri.

SEREMBAN: Polis menafikan dakwaan gambar tular di media sosial bahawa ia mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 ke atas orang awam kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia sebaliknya merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai, semalam.

“Gambar itu disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

“Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar tular di Twitter itu memaparkan pemilik akaun “No War But Class War” menaik status bertajuk “Area Rumah Aku Nilai Impian.Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K”.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hit Counter