Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-sy9fZg.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-sy9fZg.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Ucapan sempena perayaan pupuk keharmonian kaum

Seorang rakan beragama Islam menghargai perkongsian ucapan buat umat Islam sempena Ramadan genap sebulan lalu, terutama ketika sahur dan berbuka puasa.

Menurut rakan itu, sangat sedikit orang bukan Islam mengambil inisiatif seumpama itu. Ia memberi inspirasi kepada saya merakamkan tulisan ini sempena Aidilfitri.

Minggu ketiga April lalu, ialah tempoh menarik buat rakyat Malaysia. Ketika Ramadan tiba, ia seiring kehadiran Tahun Baharu Sikh dan Telegu, diikuti Tahun Baharu Tamil dan Malayalee, masing-masing pada 13 dan 14 April.

Semua perayaan indah ini disambut 75 peratus rakyat dan 95 peratus penduduk Asia Tenggara serta Asia Timur. Ketika sambutan Tahun Baharu lalu, saya memberitahu diri bahawa saya harus berkongsi ucapan salam Ramadan kepada rakan beragama Islam. Setiap tahun saya melakukan perkara ini. Tahun ini lebih bermakna kerana semua hari penting jatuh pada minggu sama.

Berapa ramai orang Melayu atau Cina tahu terdapat Tahun Baharu dalam kalendar masyarakat India? Orang Sikh merayakan Vaisakhi, masyarakat Telegu memiliki Ugathi, orang Tamil meraikan Tamil Puthandu dan keturunan Kerala menyambut Tahun Baharu Vishu.

Banyak festival kaum India lain termasuk Ponggal, Thaipusam, Onam, Karthigai dan Navatathri. Begitu juga masyarakat keturunan Siam meraikan Songkran.

Berapa ramai pula orang India atau Melayu tahu terdapat beberapa perayaan diraikan rakan Cina seperti Dongzhi, Yuan Xiao, Qingming, Duanwu dan Hantu Kelaparan?

Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan rakan di Sabah dan Sarawak. Regatta Lepa, Festival Sabah, Pesta Kaamatanam, Pesta Kelapa, Perlumbaan Perahu Naga Sabah, Pesta Rumbia, Hari Gawai, Festival Kaul di Mukah, Kapit Raft Safari dan Festival Kebudayaan serta Memetik Epal Ba’Kelalan, antara sambutan sangat unik di Malaysia Timur.

Semua ini ‘gerbang indah’ untuk pelbagai komuniti di negara kita. Disebabkan hampir setiap perayaan Islam terkenal seluruh negara, mustahak bagi setiap rakyat sama-sama menyelami keindahan dan keunikan festival lain.

Semua perayaan ini unik dan cara luar biasa untuk kita mengenali setiap rakyat. Setiap orang menerima mesej ucapan saya, terutama Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun Baharu Cina pasti akan membalas dengan senyuman lebar.

Setiap rakyat wajar berusaha mengambil tahu sambutan dan perayaan kaum lain. Seperti inisiatif kecil saya mengirim mesej ketika Ramadan, saya meletakkan harapan supaya setiap rakyat mengirim mesej saling berkongsi ucapan dan sama-sama berasakan kita rakyat negara tercinta ini.

Kita perlu memulakan langkah kecil bagi memastikan rakyat Malaysia lain turut gembira.

Mata pelajaran sivik pernah diajar di sekolah satu masa lalu menekankan semua aspek ini. Malangnya, ia terkeluar daripada kurikulum hari ini.

Sayang sekali, kita terlalu fokus ke atas aspek agama dan melupakan keperluan asas mengukuhkan kefahaman budaya dan agama lain di negara ini.

Warna bangsa semakin pudar. Setiap ibu bapa perlu berusaha mendidik anak mengenai kepentingan kaum lain serta budaya dan perayaan mereka supaya menghargai dan menghormati keindahan kaum lain.

Semakin ramai orang Melayu dan bukan Melayu memahami festival serta amalan satu sama lain. Saya percaya kita menuju ke arah negara lebih mulia, kasih sayang, prihatin, empati, hormat, memiliki nilai kepercayaan dan bermaruah.

Amalan ini penting untuk membangunkan negara dapat bertahan daripada apa jua malapetaka.

Sebagai hab pelbagai budaya, Malaysia sangat beruntung kerana menjadi rumah kepada hampir semua bangsa utama di Asia. Slogan Malaysia Truly Asia sangat tepat.

Keharmonian kaum ialah hadiah paling mahal. Kita tidak boleh beli dengan wang. Tidak ada satu pun program dapat menyelamatkannya. Ia mesti dijiwai setiap hari dan dalam setiap tindakan.

Kita harus memastikan setiap peluang digunakan dengan baik. Ucapan ringkas kepada orang kita kenal ketika perayaan mereka raikan, pasti akan menjadi asas hubungan harmoni berkekalan.

Himpunkan mereka secara inklusif hingga boleh melahirkan negara harmoni. Melalui keharmonian, kita pasti dapat membawa lebih banyak pelabur dan menikmati kelestarian ekonomi lebih besar dengan berdaya tahan dalam membina Malaysia lebih kuat.

Kita tidak mahu ada lagi menyatakan kita berbeza. Sebaliknya, kita harus berusaha dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Ravindran Raman Kutty

Pakar komunikasi dan pengurusan reputasi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.