Bantuan khas RM1,000 kepada 213 penumpang LRT

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 213 mangsa terbabit dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi.

Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.

Katanya, mangsa yang kehilangan kerja akibat insiden itu turut akan diberi bantuan kewangan sewajarnya.

“Prasarana dukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa terbabit. Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi hari ini memaklumkan seramai 65 mangsa nahas berkenaan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita. Enam daripada yang menerima rawatan adalah warga asing, bakinya warga tempatan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata mengikut maklumat terkini, enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan di HKL.

“Seramai 15 lagi penumpang masih dirawat di HKL namun dilaporkan stabil. Dalam kejadian semalam, seramai 64 penumpang cedera dikejarkan ke HKL dan ada antara mereka sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Prasarana akan mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren terbabit dalam kemalangan semalam. Pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan sedang giat menjalankan siasatan dan ia dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu.

“Setakat ini perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa, namun Prasarana menyediakan bas pengantara pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di stesen berdekatan.

“Prasarana memberi jaminan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Perlanggaran LRT, beratus cedera
  • Mangsa kemalangan LRT sudah dibawa keluar
  • Insiden tren LRT: Pasukan tugas khas ditubuh
  • Nahas LRT, PM arah siasatan segera
  • Insiden tren LRT: Bomba berdepan risiko arus elektrik
  • ‘Impak pelanggaran sangat kuat’
  • LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa
  • Pastikan rawatan menyeluruh untuk mangsa
  • 65 penumpang cedera tren bertembung masih dirawat
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.