100 Go Digital Coaching edisi 2021 bermula

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memulakan program 100 Go Digital Coaching edisi 2021 untuk membolehkan perniagaan dalam sektor utama bergerak ke arah pendigitalan perniagaan.

Dalam kenyataan, MDEC berkata, program itu untuk memastikan perniagaan terus berdaya saing, mampan dan mencatatkan keuntungan semasa pandemik ini.

“Program itu akan menyokong ekosistem yang kondusif untuk mempercepatkan proses pendigitalan supaya perniagaan dapat mengembangkan operasi dan meningkatkan pendapatan mereka, selain memanfaatkan platform digital untuk menambah saluran mereka menjana pendapatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, program 100 Go Digital Coaching turut sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan menyokong kira-kira 875,000 perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) dalam platform digital menjelang 2025.

“Sebelum pandemik, MDEC sudah menekankan kepentingan pendigitalan dalam kalangan perniagaan tempatan.

“Melalui komponen baharu yang dimasukkan dalam program 100 Go Digital Coaching, MDEC yakin kelebihan digital seperti amalan dan teknologi terkini boleh dimanfaatkan oleh perniagaan untuk bertahan dan berkembang maju,” katanya.

Program 100 Go Digital Coaching terdiri daripada tiga komponen meliputi kursus pendigitalan perniagaan dan bengkel bimbingan, akan dianjurkan oleh MDEC sepanjang tahun.

Maklumat lanjut mengenai program 100 Go Digital Coaching, boleh layari https://mdec.my/100godigital.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.