[REVIEW] Samsung Galaxy Buds2, Ini 5 Kelebihan Menarik Yang Anda Dapat

Samsung Galaxy Buds2 antara peranti terbaharu dari Samsung yang mampu memberikan pengalaman yang wow untuk anda sewaktu mendengar lagu. Samsung Galaxy Buds2 merupakan fon telinga tanpa wayar dengan pengalaman audio baru dengan bunyi yang seimbang, keselesaan yang tidak dapat ditandingi dan sambungan yang lancar ke telefon dan jam tangan anda.

Teknologi ANC

via Samsung

Peranti ini dicirikan dengan dua mikrofon yang mengesan bunyi Ambient ketika Active Noise Cancelling menghalang bunyi yang tidak diingini. Bunyi bising latar dapat dikurangkan sehingga 98% untuk membuatkan anda ‘tenggelam’ dalam muzik, permainan, buku audio, dan podcast kegemaran anda.

Bunyi Yang Seimbang

via Samsung

Samsung Galaxy Buds2 memberikan anda kenikmatan bass yang kuat dan berkuasa melalui pembesar suara dinamik dua hala. Samsung Galaxy Buds 2 memberikan anda kualiti bunyi yang seimbang dan memperkaya setiap saat perjalanan audio anda. Dengarinya seperti anda turut berada di sana/

Reka Bentuk Yang Ringan Tapi Premium

Samsung Galaxy Buds2 mempunyai reka bentuk yang terbukti sangat selesa untuk dipakai. Selain  bentuknya yang ergonomik,  kemasan matte yang asli memberikan penampilan yang lebih premium dan menarik.

Dengan berat 5 gram bagi setiap buds, ia mampu menyimpan muzik di telinga anda untuk gaya hidup yang paling aktif.

Bateri Tahan Lama

Bateri di dalam Samsung Galaxy Buds2 dapat memberikan masa bermain muzik sehingga 5 jam, dan gandingan bekas pengecas, memberikan masa bermain muzik sehingga 20 jam. Jika ANC diaktifkan, ia boleh digunakan sehingga lebih daripada 5 jam atau sehingga 20 jam bersama bekas pengecas.

Pilihan Warna Yang Stylish

via Samsung

Empat warna yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy Buds2 iaitu, White, Graphite, Olive, dan Lavender dengan harga serendah RM499.

The post [REVIEW] Samsung Galaxy Buds2, Ini 5 Kelebihan Menarik Yang Anda Dapat appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hit Counter