‘Scammer’ Minta Duit Cakap Sebelum Asar Bayar Balik, Ustaz Don Pesan Orang Ramai Hati-Hati

Kegiatan scammer semakin menjadi-jadi hingga ada yang menggunakan imej dan nama selebriti atau figura terkenal tanah air. Itulah yang berlaku kepada pendakwah bebas dan usahawan terkenal, ustaz Don Daniyal baru-baru ini

Scammer Guna Imej Ustaz Don Berserban  Minta Duit

Pendakwah terkenal ini memuatnaik tangkap layar perbualan mesejnya bersama scammer di WhatsApp, scammer tersebut menggunakan fotonya berserban sebagai gambar profil dan menghantar mesej meminta wang berjumlah RM3750 sambil mengatakan akan membayar semula wang sebelum solat Asar.

Foto – Instagram @ddaniyaldbiyajid

“Assalamualaikum sibuk?” Mesej scammer

“Waalaikumsalam. Agak lah. Kenapa tu.” Balas ustaz Don

“Ingat nak minta tolong sat kalau sibuk tak apa.” Balas scammer

“Tolong apa tu.” Tanya ustaz Don

“Tolong ‘transfer’ RM3750 ni sat

6872082114

Ariati Binti Ramli

Public Bank

Refference: UstDonPayment

InsyaAllah sebelum solat Asar bayaq balik

Boleh dak?” Balas scammer lagi

Ustaz Don Pesan Orang Ramai Hati-Hati

Berikutan menerima mesej sedemikian, membuatkan pendakwah ini berkongsi mesej perbualan tersebut di media sosialnya agar orang ramai dapat berhati-hati. Apatah lagi, scammer tersebut menggunakan fotonya dan nama wanita yang tidak dikenali bagi menipu mangsa.

Foto – Instagram @ddaniyaldbiyajid

“Gais!!! Tolong sebarkan. Dah lah guna gambaq Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Minta ribu pulak. Kacau.

Tolong sat kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan nama isteri Husna Zahry @husnazahry bukan Ariati. Tak pasai.

Ya Allah, tolong buka hati

1)Orang yang buat, agar jangan buat naya kat orang.

2)Orang yang nak kena, supaya nampak kebohongan” Tulis ustaz Don

Netizen Geram Scammer Semakin Berleluasa

Melihat perkongsian ustaz Don di laman Instagramnya, warganet masing-masing meluahkan rasa marah terhadap scammer dan berkongsi pengalaman masing-masing menerima mesej yang serupa diruangan komen posting pendakwah tersebut.

Foto – Instagram @ddaniyaldbiyajid

“Demi duit sanggup buat apa saja.”

“Bahaya ni.”

“Hari tu ada kena, dah lah tak kenal tapi suruh ‘transfer’ dekat dia. Main ugut-ugut pula tu. Kita pun main ugut-ugut lah dengan dia. Geram gila scammer guna cara lapok ni.”

“Senang je dia.. Bukan sikit-sikit pula tu.. Dah lah letak muka ustaz.”

“Scammer ni Bahaya ni.”

“Saya pun dah terkena dengan nama yang sama.”

“Dia ingat RM3750 tu macam RM37.50, boleh bayaq lepas asaq. Adui. Moga Allah lindungi ustaz sekeluarga daripada fitnah. Amin.” Komen mereka

Bahaya betul scammer sekarang ni, siap guna imej figura terkenal. Hati-hatilah jika ada terima mesej dari individu yang tidak dikenali dan meminta wang seperti ini.

The post ‘Scammer’ Minta Duit Cakap Sebelum Asar Bayar Balik, Ustaz Don Pesan Orang Ramai Hati-Hati appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hit Counter