23 cawangan LZS ditutup sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh

Shah Alam: Ibu pejabat dan 23 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan ditutup bermula esok hingga 14 Jun, berikutan Sekatan Pergerakan Penuh yang diumumkan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

LZS dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu tidak akan menjejaskan penyaluran bantuan bulanan untuk asnaf sedia ada dan mereka akan tetap menerima bantuan seperti biasa.

“Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyatabayaran zakat boleh melayari ezo.zakatselangor.com.my.

“Manakala pembayaran zakat boleh dilakukan melalui transaksi dalam talian dengan melayarifpx.zakatselangor.com.my ataupun memuat turun aplikasi mudah alih Zakat Selangor secarapercuma di Google Play Store untuk versi android dan Apple App Store untuk versi iOS,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1 300 884343 atau live chat di www.zakatselangor.com.my yang beroperasi bermula 9 pagi hingga 4 petang sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.