24 jam tarik 256 pasukan

KUALA LUMPUR: Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sukan atas talian tanah air.

Apa tidaknya, sebaik sehari penyertaan dibuka pada minggu lalu, pihak penganjur THQ Esports Club terpaksa menutup penyertaan selepas 24 jam dibuka selepas menerima 256 pasukan dengan jumlah peserta lebih 1,500 orang.

Menurut Pengasas dan pengurus pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin, penganjuran kejohanan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan penganjuran kejohanan secara atas talian selama dua hari, diharap dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan.

“Kejohanan ini turut dijayakan bersama oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja kejohanan ini.

“Menariknya, tiada yuran penyertaan dikenakan, ianya adalah kejohanan bagi menyokong usaha Kerajaan untuk Stay at Home sempena ‘Total Lockdown’ atau PKP 3.0 yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021,” kata Aimanhaq.

Aimanhaq turut menjelaskan, lapan pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan akan mara ke saingan playoff yang dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 13 Jun ini.

“Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di facebook rasmi Team Haq Esports Club,” kata Aimanhaq.

“Objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.