2,500 kes COVID-19 baharu hari ini

[email protected]

PUTRAJAYA: Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan iaitu 2,500 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam, sebanyak 3,418 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 417,512 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes jangkitan baharu harian tertinggi dengan 637 kes baharu.

Katanya, ia diikuti dengan Kelantan sebanyak 401 kes, Sarawak (356) dan Johor (205).

“Hanya dua negeri tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini iaitu Labuan dan Perlis,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.