3 lelaki samun pasangan kekasih ditahan

[email protected]

Kuala Lumpur: Polis menahan tiga lelaki selepas terbabit kejadian samun di sebuah hotel di Taman Seputeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa yang juga pasangan kekasih masing-masing berusia 54 tahun didatangi empat lelaki pada 3 petang.

“Suspek disyaki menyamun barang-barang berharga yang dianggarkan bernilai RM10,000 termasuk wang tunai, dua telefon pintar, cincin emas, kad ATM pelbagai bank dan satu kad pengenalan.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,

Anuar berkata, polis kemudiannya membuat dua serbuan berasingan di sekitar ibu kota sebelum menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 35 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Semua suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 377C Kanun Keseksaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.