Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

3 Maut, 3 Parah Dirempuh Ketika ke Masjid Untuk Solat Raya. Pemandu Positif Ganja

Tragedi pagi raya.

Tiga pejalan kaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Rabu.

Kesemua mangsa berjalan kaki ke masjid berdekatan dirempuh di kilometer 16 Jalan Teluk Intan – Bidor sekitar jam 8.10 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam.

 

Tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, jam 8.10 pagi semalam.

Tiga lagi mangsa parah dan sedang dirawat di hospital.

Kesemua mereka adalah… pic.twitter.com/D2lMLPuHj9

— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 11, 2024

“Kesemua mangsa berjalan kaki ke masjid berdekatan dengan tempat kejadian, mereka hendak menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, di mana kemalangan telah meragut nyawa tiga warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

“Seterusnya suspek terlanggar enam individu pejalan kaki yang melalui bahu jalan itu.

“Akibat daripada kemalangan tersebut tiga warga Pakistan dalam lingkungan usia 20 hingga 35 tahun disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi parah dan dirawat di Hospital teluk intan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Kesemua warga Pakistan itu mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah.

Pemandu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati suspek positif ganja dan akan direman di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis.

“Suspek telah ditahan kerana positif ganja dan akan direman esok, Khamis di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi siasatan lanjut.

“Saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek berusia 36 mendapati dia positif dadah jenis THC (ganja).

“Polis turut menahan kenderaan terlibat bagi pemeriksaan Puspakom,” katanya.

Kes itu, katanya, dijalankan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp. Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-612 2222,” kata beliau lagi.

 

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version