3,744 kes Covid-19, 17 kematian

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 3,744 kes baharu Covid-19 dan 17 kematian, manakala 2,304 pesakit pulih.

Ini menjadikan 389,846 daripada keseluruhan 424,376 pesakit sembuh setakat ini, manakala 1,591 lagi meninggal dunia akibat jangkitan viru itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 32,939 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara dengan 185 daripada 328 di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh ialah kes import dan baki 3,737 lagi kes penularan tempatan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,548 kes.

Ia diikuti Kelantan (480), Sarawak (419), Kuala Lumpur (313), Johor (292), Pulau Pinang (195), Kedah (124), Negeri Sembilan (76), Terengganu (73), Perak (65), Sabah (50), Pahang (49), Melaka (43), Putrajaya (11), Labuan (lima) dan Perlis (satu).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.