4 ditahan pecah masuk rumah datuk bandar

[email protected]

GEORGETOWN: Polis menahan empat lelaki berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di Jalan Park, Pulau Tikus di sini, semalam.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan namun enggan mengulas lanjut.

“Empat sudah ditahan dan sebahagian barang kes dijumpai semula. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada kediaman rasmi dua tingkat itu disedari ahli keluarga Datuk Bandar pada jam 9 pagi.

Kesemua suspek ditahan di Bagan Ajam Butterworth, di sini dan polis sedang mengesan baki suspek terbabit yang masih bebas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.