4 sekeluarga Islam korban ‘serangan terancang’ – Polis

OTTAWA: Empat sekeluarga Islam maut apabila dirempuh sebuah trak ‘pick-up’ di wilayah Ontario, Kanada, dalam insiden disifatkan polis sebagai serangan ‘terancang’.

Pemandu lelaki trak terbabit yang memakai rompi ‘seperti perisai badan’, melarikan diri dari lokasi sejurus kejadian itu, kelmarin.

Detektif, Superintendan Paul Waight, berkata suspek berusia 20 tahun itu kemudian ditahan di sebuah pasar raya terletak kira-kira tujuh kilometer dari persimpangan tempat kejadian di London, Ontorio.

“Terdapat bukti menunjukkan ia adalah suatu tindakan diatur dan terancang yang didorong oleh kebencian.

“Mangsa dipercayai menjadi sasaran disebabkan mereka adalah Muslim,” katanya pada sidang media, semalam.

Nama mangsa tidak didedahkan, namun membabitkan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun, lelaki (46 tahun), wanita (44 tahun) dan remaja perempuan berumur 15 tahun – meliputi tiga generasi keluarga berkenaan, kata Datuk Bandar London, Ed Holder.

Akibat insiden itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan beransur pulih.

“Biar saya berterus-terang, ini adalah satu tindakan pembunuhan massa terhadap orang Islam dan warga London, yang berakar daripada kebencian terpendam,” kata Holder.

Suspek dikenali sebagai Nathaniel Veltman kini berdepan empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

Bagaimanapun, Waight berkata, pihak berkuasa tempatan juga sedang berbincang dengan Polis Persekutuan serta Peguam Negara mengenai penambahan ‘kemungkinan pertuduhan keganasan.’

Menurut polis, dalam insiden kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, lima sekeluarga itu berjalan beriringan di kaki lima sebelum sebuah trak ‘pick-up’ berwarna hitam ‘naik ke atas laluan berkenaan lalu merempuh’ mangsa yang sedang menunggu untuk melintas di simpang. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.