Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

4,002 lagi kematian akibat COVID-19 di India

NEW DELHI: India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Secara keseluruhan seramai 367,081 penduduk maut akibat virus itu setakat ini.

Menurut Agensi Berita Anadolu, negara ini turut mencatatkan 84,332 kes baharu sejak 24 jam lalu, terendah dalam masa 70 hari. Jumlah keseluruhan jangkitan kini sebanyak 29.3 juta.

Pada 10 Jun, India mengumumkan sejumlah 6,148 kematian – tertinggi dalam masa sehari sejak bermulanya wabak.

Pegawai kesihatan berkata lonjakan itu disebabkan negeri Bihar membuat semakan semula jumlah korban.

Menurut satu kenyataan pada lewat semalam, jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kini mencecah 249,316,572.

India adalah negara kedua merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Daripada segi korban pula, India di kedudukan ketiga di belakang AS dan Brazil. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.