Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

4,832 mangsa banjir di dua daerah di Sabah

am@hmetro.com.my

Beaufort: Jumlah mangsa banjir di Tenom dan Beaufort meningkat kepada 4,832 orang, setakat 8 pagi hari ini.

Ia berbanding 4,792 mangsa, petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, mangsa ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tenom masih menjadi daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ketika ini dengan 4,221 mangsa.

“Daerah Beaufort pula mencatatkan 611 penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penduduk di kawasan rendah serta berdekatan sungai diminta supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca terkini selain memantau anak masing-masing.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version