5 pemimpin NUBE lapor polis terhadap Saravanan

Presiden NUBE, Tan Eng Hong (tengah, berbaju biru) bersama ahlinya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral Johor Bahru Khamis lalu.

PETALING JAYA: Lima pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia, M Saravanan yang didakwa menakut-nakutkan kesatuan itu susulan laporannya terhadap Setiausaha Agung mereka, J Solomon.

Mereka yang membuat laporan di beberapa bahagian di seluruh negara Khamis lalu adalah Presiden NUBE, Tan Eng Hong di Johor Bahru, Timbalan Presiden, Abdul Jamil Jalaludeen (Pulau Pinang) dan tiga Naib Presiden – Mohamad Syukri Mustaffa (Ipoh), Wan Mohd Affendi Husain (Pengkalan Chepa) dan Mohd Faisal Husin (Cheras).

Pemimpin itu memberitahu polis yang laporan menteri itu terhadap Solomon dua minggu lalu atas kenyataan yang dibuatnya bagi pihak pekerja di negara ini, sama seperti menghalang pemimpin kesatuan itu daripada mempersoalkan menteri dan dakwaan penggantungan Akta 446 daripada dikuatkuasakan.

Dalam laporannya, yang mula disiasat polis, Saravanan mendakwa Solomon memfitnahnya dan mengelirukan orang ramai dengan membuat kenyataan media yang mempersoalkan keputusan menteri untuk menggantung pelaksanaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sehingga 31 Dis 2021.

“Keputusan menteri menangguhkan penguatkuasaan Akta 446 sehingga Disember 2021, melanggar ordinan yang diisytiharkan Agung.

“Ia jelas dinyatakan dalam Fasal 1(2) ordinan yang ordinan ini berkuat kuasa pada 26 Feb 2021 dan Fasal 2(2) menyatakan akta ini terpakai di seluruh Malaysia,” kata mereka.

Timbalan Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen (tengah) selepas membuat laporan di Balai Polis Dato’ Keramat di Pulau Pinang Khamis lalu.

Tan berkata, NUBE menganggap laporan polis yang dibuat menteri itu sebagai taktik ugutan untuk mendiamkan pemimpin kesatuan daripada menyuarakan kebimbangan berhubung masalah kediaman pekerja, khasnya ketika pandemik Covid-19 bertambah teruk.

“Kami meminta polis menyiasat laporan yang dibuat pemimpin kesatuan terhadap menteri tanpa rasa takut atau pilih kasih kerana kehidupan pekerja menderita yang kami bimbangkan.”

Sementara itu, Saravanan semalam menafikan penguatkuasaan Akta 446 untuk memastikan standard minimum perumahan untuk pekerja sudah dibatal atau digantung.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengetuai operasi memeriksa pematuhan Akta 446 dan perintah kawalan pergerakan di Seri Kembangan, Selangor.

FMT sudah menghubungi Saravanan untuk mendapatkan komennya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.