7 direman bantu siasatan video tular merempit

[email protected]

Kuantan: Aksi menundukkan kepala tujuh lelaki ketika merempit dengan menunggang motosikal di Jalan Pintasan Kuantan, dekat Terminal Sentral Kuantan (TSK), di sini pada 30 Mei lalu akhirnya membawa padah.

Ini kerana tujuh lelaki berusia antara 15 dan 27 tahun itu ditahan semalam melalui Ops Khas Samseng Jalanan bagi mengesan mereka, selepas video aksi merempit mereka tular di media sosial.

Penahanan tujuh lelaki itu dilakukan sepasukan pegawai dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya mengadakan operasi mengesan semua suspek pada jam 9 malam.

Katanya, tujuh lelaki berjaya ditahan bersama motosikal dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dan tindakan dilakukan mengikut Seksyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

“Tujuh pemilik motosikal turut diambil tindakan mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana membenarkan menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.