7 ditahan cuba larikan mesin bitcoin

[email protected]

Kuantan: Tujuh lelaki ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan memecah masuk kedai dan melarikan mesin bitcoin bernilai RM50,000 di Kampung Sungai Karang Pantai di sini, hari ini.

Mereka yang berusia antara 22 hingga 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengangkat peralatan terbabit ke dalam sebuah lori pada jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Covid-19 dan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Beserah.

Katanya, ketika kejadian, pasukan berkenaan sedang melakukan pemantauan di sekitar kawasan terbabit.

“Semua suspek yang berasal dari Kuantan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Polis turut merampas 66 mesin Bitcon dianggarkan bernilai RM50,000, sebuah lori dan kereta serta peralatan pecah rumah.

“Siasatan awal juga mendapati tujuh lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman sehingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah dan boleh dipenjara enam bulan atau denda jika sabit kesalahan.

Mohamad Noor berkata, kompaun RM2,000 turut dikeluarkan setiap suspek kerana didapati turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.