7 lagi lokaliti di Sabah, beberapa kawasan di N9, Pahang dikenakan PKPD

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Jun ini susulan peningkatan jangkitan Covid -19.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Jun ini susulan peningkatan jangkitan Covid -19.

Di Negeri Sembilan,PKPD melibatkan Kampung Lakai, Jelebu,dimana sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan 369 ujian saringan dan 92 daripadanya dilaporkan positif.

Di Sabah tujuh lokaliti dikenakan PKPD membabitkan Kampung Indah, Nabawan selepas sembilan daripada 31 individu disaring positif.

PKPD turut dikenakan di Kampung Manggis, Kuala Penyu, selepas tujuh dikesan positif hasil saringan 11 individu.

Sementara dua lokaliti di Tawau membabitkan, Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah turut dikenakan PKPD.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif daripada 17 yang disaring telah direkodkan di Taman Kinabutan Ria manakala di Simpang Inderasabah, 12 disaring dan 11 daripadanya didapati positif,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan wabak Covid-19.

PKPD turut dilaksanakan di Kampung Baru (SFI), Sipitang juga di Sabah selepas 29 daripada 46 individu di saring didapati positif.

Manakala dua lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan dikenakan PKPD, selepas 12 dikesan positif.

Sementara di Pahang PKPD dikenakan di beberapa Kawasan Kampung Raja, Cameron Highlands, iaitu melibatkan Sungai Ikan, Blue Valley,Taman Matahari Cerah, Taman Desa Corina dan Kampung Baru Kampung Raja selepas 29 didapati positif setakat ini.

Sementara itu, Ismail turut mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Baru Melayu Bentong, FELDA Jengka 24, Jerantut, Pahang akan tamat hari ini bermula jam 11.59 malam.

Sementara PKPD di FELDA Sahabat 40 (Kg Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu, Kampung Padawan, Papar, Sabah, tiga kawasan perumahan Mukim Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Romping, Pahang akan tamat jam 11.59 malam esok.

Dalam pada itu, pihak polis semalam menahan 887 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 849 dikompaun manakala 38 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (165), Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (159), tidak memakai pelitup muka (146)C tiada penjarakan fizikal (144), membawa penumpang berlebihan (103), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57), aktiviti pusat hiburan (15), premis gagal patuhi arahan (15), lain-lain (83),”katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam turut melakukan pemantauan bekalan barang dengan melakukan 1,526 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,505 premis mematuhi SOP manakala 21 lagi dikompaun.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.