70 kilang ditutup akibat langgar SOP

[email protected]

Kuala Lumpur: Sebanyak 70 kilang yang menjadi punca penularan wabak Covid-19 diarah tutup berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan perintah kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan itu berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik berlaku penularan pandemik Covid-19 berskala besar di kilang terbabit.

“Walaupun sektor perkilangan dibenarkan beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tetapi penilaian risiko dibuat KKM sebaik mereka mengesankan kes positif.

“KKM akan membuat pengesanan kontak dan mereka yang didapati positif diasingkan dan dirawat manakala kontak rapat dikuarantin,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjawab dakwaan orang ramai mengapa sektor perkilangan dibenarkan beroperasi dalam PKP 3.0 sedangkan sektor itu penyumbang tertinggi jangkitan Covid-19 dalam negara.

Menurutnya, salah satu punca jangkitan di kilang berikutan masalah tempat tinggal pekerja di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446).

“Akta 446 dilaksanakan dan dipinda segera bagi menyelesaikan isu penularan dalam kalangan pekerja kilang dengan menyediakan tempat tinggal kondusif dan lebih selesa.

“Sebaik KKM terima maklumat berlaku kes positif, mereka akan membuat penilaian risiko dan kilang berkenaan diarahkan tutup oleh kerajaan, cuma tidak dihebohkan kepada rakyat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.