70,000 anggota PDRM dan agensi KDN digerakkan

[email protected]

PUTRAJAYA: Seramai 70,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditugaskan sepanjang penutupan penuh bermula 1 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sebagai langkah awal, pihaknya akan menambah 15,000 anggota PDRM bermula 1 Jun ini.

Hamzah berkata, anggota agensi lain akan digerakkan bagi tujuan penugasan jika keadaan memerlukan.

“Sebelum ini seramai 37,000 anggota PDRM sudah dikerahkan sebelum pelaksanaan penutupan penuh ini.

“Susulan perbincangan tadi dan melihat segala aspek, kita bersetuju untuk membuat penambahan anggota.

“Bagaimanapun kalau dalam tempoh dua minggu itu kita lihat anggota sedia ada tidak mencukupi, kita akan gerakkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lain-lain agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di kementeriannya, di sini hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.