75 jangkitan tanpa kaitan bimbangkan Singapura

75 jangkitan tanpa kaitan bimbangkan Singapura

SINGAPURA: Jangkitan COVID-19 yang tidak diketahui puncanya di Singapura terus meningkat bulan ini, sekali gus membimbangkan kerajaan republik itu.

Ia juga menimbulkan spekulasi mungkin terdapat kluster jangkitan yang tidak dapat dikesan dalam masyarakat.

Terdapat 75 kes jangkitan seumpamanya dilaporkan antara 7 Mei hingga 20 Mei, berbanding 68 kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini, sebelum berlaku peningkatan secara mendadak.

Pada 14 Mei lalu, Pengerusi Bersama Petugas Khas pelbagai kementerian, Lawrence Wong, memetik peningkatan kes tanpa kaitan ketika mengumumkan perintah sekatan lebih ketat.

Ini termasuk mengurangkan jumlah individu yang dibenarkan berhimpun dan jumlah tetamu dihadkan kepada dua orang bagi setiap isi rumah selain menjadikan aturan kerja dari rumah sebagai satu norma.

Purata jumlah kes tanpa kaitan berkurangan pada awal tahun ini, di mana Januari lalu terdapat kira-kira 0.58 kes, yang jatuh kepada 0.46 kes pada Februari dan 0.26 kes pada Mac.

Bagaimanapun pada bulan lalu, jumlah kes tanpa kaitan meningkat kepada 0.7 sehari, kemudian meningkat kepada 4.15 kes sehari daripada 1 Mei hingga 20 Mei.

Trend ini dan kenaikan keseluruhan kes serta kemunculan kluster selain varian yang lebih mudah merebak, menimbulkan spekulasi bahawa Singapura akan mengetatkan langkah pencegahan.

Pihak berkuasa berkata, walaupun ada kemungkinan, ia tidak akan dilaksanakan buat masa sekarang.

Wong, yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media pasukan petugas 18 Mei lalu, berkata kenaikan kes tanpa kaitan tidak bermakna langkah pencegahan sedia ada tidak berkesan.

“Sebaliknya, saya yakin bahawa langkah terbaru yang kita buat untuk menyekat interaksi dan pergerakan akan memberi kesan dalam menurunkan angka kes coronavirus.

“Namun, ini hanya dapat dilihat dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang dan kes yang kita lihat sekarang ini adalah berkemungkinan besar kerana jangkitan seminggu atau dua minggu lalu,” katanya.

Purata kes tanpa kaitan setiap hari antara 4 Mac hingga 3 April tahun lalu, ketika langkah sekatan ketat diumumkan, adalah 6.42 kes, dengan 15 kluster aktif ketika itu.

Antara 20 April hingga 20 Mei tahun ini, jumlah purata harian jangkitan tanpa kaitan adalah tiga kes dan kini terdapat 24 kluster aktif. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.