78,350 Pati sudah dihantar pulang

[email protected]

Semenyih: Seramai 78,530 daripada 97,891 pendatang asing tanpa izin (Pati) sudah dihantar pulang ke negara asal mereka menerusi Program Rekalibrasi bagi tempoh 21 Disember 2020 hingga 1 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain itu, kira-kira 108,000 warga asing yang berdaftar kini dalam proses memohon mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Berdasarkan jumlah keseluruhan itu, lebih 200,000 warga asing di negara ini berjaya dikenal pasti menerusi Program Rekalibrasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Selain itu, seramai 5,009 majikan berdaftar dalam program ini yang mahu mengambil warga asing berdaftar untuk bekerja dengan mereka,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Depot Imigresen Sementara Millenium Beranang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.

Hamzah berkata, pihaknya bukan sahaja bekerjasama dengan majikan, malah menjalin kerjasama dengan pihak kedutaan negara luar bagi menguruskan penghantaran pulang warga asing.

“Saya ada berbincang dengan pihak kedutaan Myanmar, China, Indonesia dan lain-lain mengenai perkara ini.

“Pada masa sama, kita mahu pastikan rakyat mereka (warga asing) yang berada di sini (Malaysia) menpunyai dokumen sah bagi proses penghantaran balik mahupun urusan lain,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.