9 pekerja kereta api maut di China

BEIJING: Sembilan pekerja kereta api terbunuh selepas memasuki landasan dalam kemalangan di barat laut China hari ini, lapor media tempatan.

Menurut laporan stesen penyiaran CCTV, kira-kira 50 pekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan di bahagian yang ditutup dekat bandar Jinchang.

Beberapa pekerja kemudian berjalan memasuki laluan yang dibuka ketika kereta api menghampiri mereka.

Rentetan itu, jabatan kereta api berkenaan menzahirkan ucapan takziah dan berjanji untuk menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan.

Kemalangan yang berlaku turut mencetuskan kemarahan di media sosial apabila pengguna maya mempersoalkan langkah keselamatan yang diambil ketika itu.

Tanda pagar yang berkaitan dengan kemalangan itu menarik lebih 100 juta klik di pentas media sosial Weibo.

Di China, kemalangan maut dalam sektor industri adalah perkara biasa kerana penguatkuasaan lemah dari segi peraturan keselamatan. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.