970 individu lagi ditahan ingkar SOP PKP

[email protected]

Kuala Lumpur: Seramai 970 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 917 individu dikenakan kompaun manakala 49 direman dan empat lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal membabitkan 265 individu, diikuti seramai 203 individu tidak memakai pelitup muka.

“Kesalahan lain adalah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (133); gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (120); tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (117); membawa penumpang berlebihan (111) dan lain-lain kesalahan (21),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng pula menahan 21 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas lima kenderaan darat, semalam.

Katanya, dalam operasi sama, sebanyak 242 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

Selain itu, katanya, seramai 380 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan dikuarantin di stesen kuarantin seluruh negara.

“Semalam juga, seramai 21 warga asing menjalani ujian saringan dan enam kes positif Covid-19 direkodkan.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 698,491 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 36,177 majikan. Daripada jumlah itu, 10,339 orang disahkan positif,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya terus mengamalkan kawalan kendiri dengan kekal di rumah dan menjalani gaya hidup sihat bersama keluarga.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.