Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-AikmRc.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-AikmRc.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

A. Aida & Idris Khan Selesai Kes Langgar Kontrak Luar Mahkamah

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida dan pelakon Idris Khan sama-sama bersepakat untuk menyelesaikan kes pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali secara baik di luar mahkamah.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Idris menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Pihak kami telah menjalani perbicaraan pada pagi ini untuk membela hak dan diri saya. Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A. Aida, pihak telah mencapai satu persetujuan di luar mahkamah di mana A. Aida menarik balik kesemua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau,” tulisnya.

Perlu Kembalikan Wang Pendahuluan

Dalam pada itu, Idris juga memaklumkan bahawa dia perlu memberikan kembali wang pendahuluan kepada A. Aida.

“Saya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja ke beliau, dan tidak ada apa-apa pengakuan dari pihak beliau mahupun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini.

“Pihak-pihak telah bersetuju dan mencapai kata sepakat pada hari ini. Ini bagi saya satu pengadilan yang adil dan saksama ke atas diri saya di mana pihak-pihak tidak perlu memanjangkan proses ini. Malahan, status quo saya di dalam kes ini tidak disekat.

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh dengan pihak peguam saya Jason Wee dan pihak A. Aida, sekian,” tambahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengekspresikan rasa lega ekoran keputusan yang dibuat oleh kedua belah pihak itu.

Difahamkan, jumlah pemulangan wang pendahuluan yang harus dilakukan oleh Idris kepada A. Aida sebelum November 2022 adalah sebanyak RM3,780.

Amelia Henderson Mahu Teruskan Perbicaraan

Terdahulu, A. Aida ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris serta pelakon yang kian meningkat naik, Amelia Henderson gara-gara didakwa menarik diri pada saat akhir untuk membintangi drama terbitan A. Aida Production, Sekali Lagi Cinta Kembali.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan sama hari ini, defendan pertama, Amelia Henderson tidak membuat keputusan seperti Idris dan ingin meneruskan perbicaraan.

View this post on Instagram

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

The post A. Aida & Idris Khan Selesai Kes Langgar Kontrak Luar Mahkamah appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.