“Ada 1 Lagi Denyutan Jantung..”-Mawar Rashid Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid berkongsi khabar gembira di media sosial apabila dia kini sedang hamil anak ketiga.

Jelas Sebab Menghilang Dari Media Sosial

Menerusi hantaran di Instagram, Mawar turut menjawab persoalan peminatnya yang dikatakan menghilang dari media sosial, dengan menceritakan bahawa keadaan dirinya yang tidak sihat selama tiga bulan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan severe dehydration.

“3 bulan Mawar tak sihat. Sampai terpaksa pergi ke hospital sebab severe dehydration. Tak boleh makan & minum. Sakit kepala, mampu terbaring je atas katil. Sampai terpaksa tolak job.”-Kongsi Mawar

Beri Kejutan Ketika Bercuti Di Eropah

 

Akui dalam kepahitan ada kemanisannya, Mawar yang mengetahui dia kini sedang ‘berbadan dua’ itu turut membuat kejutan kepada suaminya ketika sedang bercuti di Eropah.

“Plan nak suprise kan Raf kat Europe. I pulak termenangis.”-Kongsi Mawar

Dibanjiri Ucapan Tahniah Rakan Selebriti & Peminat

via Instagram Mawar Rashid

Video yang dimuatnaik oleh Mawar telah dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh rakan selebriti serta peminat yang turut teruja dengan berita kehamilan pelakon filem Villa Kristal itu, malah ramai yang menitipkan doa agar dipermudahkan urusan sehingga bersalin kelak.

“Congratulations mekwa sayang. Alhamdulillah. . I love youuu.”-Emma Maembong

“Ya allah alhamdulillah!! Congratulations Mawar & Raf! So happy for you guys!!.”-Uyaina Arshad

“Congratulations!!!-Catriona Ross

“Tahniah Mawar take care. Patut lama tak nampak any stories.”

“Alhamdulillah tahniah masterose semoga dalam lindungan rahmat Allah dipermudahkan urusan dan sihat InsyaAllah.”

via Instagram Mawar Rashid

Sekadar info, Mawar Rashid dan Raden Ahmad Faizal Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

The post “Ada 1 Lagi Denyutan Jantung..”-Mawar Rashid Sahkan Hamil Anak Ketiga appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.