Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Ada rezeki raya ‘bertiga’…

mohamadridzuan@hmetro.com.my

PELAKON, Pekin Ibrahim hanya berpeluang meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Kelantan pada tahun pertama perkahwinan dengan isterinya, Mona Allen.

Dengan penularan Covid-19 yang belum reda dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pekin akur terpaksa meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur tahun ini.

“Saya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur. Apakan daya kami tak berpeluang untuk balik kampung.

“Namun, sebelum Covid 19 kami kerap juga balik Kelantan pada hari biasa. Cuma sekarang kena ikut arahan kerajaan yang tak benarkan merentas negeri.

“Kebetulan saya menjalani penggambaran drama Keluarga Untuk Disewa arahan Raja Mukhriz di Melaka, jadi raya tahun ini hanya cuti tiga hari,” katanya.

Menurutnya, selepas itu dia akan kembali menyambung penggambaran drama yang turut menampilkan lakonan Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Adibah Nor, Fimie Don, Afifah Nasir dan ramai lagi.

“Semangat dan ‘feel’ untuk sambut raya bukan 100 peratus sangat. Namun, persiapan dari segi pakaian dan makanan tetap ada,” katanya.

Selepas tiga tahun beraya berdua, pelakon filem Bunohan ini tidak menolak rezeki untuk menyambut Aidilfitri bersama cahaya mata tahun depan.

“Kalau Allah beri rezeki anak untuk kami pasti akan kami terima. Perancangan ke arah itu memang ada. Cuma Mona terikat dengan kontrak tak boleh mengandung dalam tempoh setahun kerana terbabit dengan penggambaran drama.

“Apapun kami perlu bersabar buat masa ini. Jika sekiranya Allah bagi rezeki, kami pasti tidak menolak,” katanya.

Pekin berkata, agenda seninya semakin bertambah selepas Aidilfitri.

“Saya berdebar menanti tayangan banyak filem yang akan keluar seperti Adiwira Ku 2 arahan Jason Chong dan Eric, Imaginur (Nik Amir), Masterpiecisan (Nam Ron), Cerana Biduk Bu Merah (Aizul) dan lain-lain,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version