Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Ahli politik dilarang muat naik hantaran mengelirukan

SAN FRANCISCO: Facebook merancang untuk membatalkan pengecualian kepada ahli politik, yang membenarkan mereka memuat naik hantaran yang mengelirukan atau kata kesat, lapor portal The Verge pada Khamis.

Portal berita The Verge melaporkan, pengecualian kontroversi itu yang diberikan kepada ahli politik atas pandangan, hantaran mereka memiliki nilai berita, akan dibatalkan seawal minggu ini di Facebook.

Facebook tidak memberi maklum balas segera berhubung isu berkenaan buat masa ini.

Perubahan dasar itu dibuat selepas panel pemantau bebas memaklumkan, Facebook bertindak tepat apabila menyingkirkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump daripada platform itu, berikutan komennya berhubung pencerobohan Capitol AS pada 6 Januari lalu.

Trump digantung daripada Facebook dan Instagram selepas memuat naik satu video serangan dilakukan penyokongnya yang mencabar keputusan pilihan raya AS, dengan Trump berkata ‘Kami sayang kamu, kamu sangat istimewa’ kepada mereka.

Bagaimanapun, panel itu memberi tempoh enam bulan kepada Facebook untuk memberi maklum balas, sebab penggantungan Trump perlu kekal selama-lamanya.

Dalam temu bual bersama Fox News Sunday ada 9 Mei lalu, Pengerusi bersama panel bebas itu, Michael McConnell, berkata Trump menggalakkan penunjuk perasaan dalam insiden Capitol AS dan layak digantung daripada Facebook.

Bagaimanapun, beliau menegaskan garis panduan dan peraturan digunakan Facebook bermasalah dan perlu diperbaiki. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version