Ain Edruce dan suami kongsi wajah anak

[email protected]

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 30, akhirnya berkongsi nama dan wajah bayi perempuannya buat kali pertama di saluran YouTube miliknya, kelmarin.

Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce bersama suami, Muhammad Amirul Hafiz Mustaffa memaklumkan memilih nama Soraya untuk bayi mereka yang berusia dua minggu yang dilahirkan.

“Kami sepakat memilih nama Soraya ini kerana mudah disebut dan pendek. Nama Amirul pun dah panjang, ada tiga patah perkataan, selain Soraya itu maksudnya cantik.

“Alhamdulillah, Soraya mudah dijaga dan diuruskan. Apapun, sekarang rasanya masa sesuai untuk kami mendedahkan wajah Soraya kepada kawan-kawan yang selalu bertanya.

“Bagaimanapun, perkongsian ini kami buat bukan untuk menunjuk-nunjuk atau apa, tapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan,” katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata, selepas melahirkan Soraya, dia sangat bersyukur dan tidak menyangka dirinya sudah bergelar ibu.

Katanya, sejak hamil lagi memang dia dan suami tidak tahu jantina anak mereka.

“Ia umpama kejutan buat kami. Saya dan Amirul sudah sedia terima sama ada anak kami lelaki atau perempuan. Tapi bila tengok bayi perempuan, kami gembira dan bersyukur.

“Amirul memang banyak membantu dalam mengurus penjagaan anak. Kami saling tolong-menolong kerana ini pengalaman pertama menjaga anak sendiri dan ia amat menggembirakan,” katanya.

Menurut pengacara program Immortal Songs di TV3 itu, kini impiannya dan suami untuk bergelar ibu bapa sudah menjadi kenyataan.

Katanya, harapan mereka semoga Soraya dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.

Berkongsi pengalamannya yang terpaksa bertarung selama 25 jam sebelum Soraya dilahirkan, ia disifatkan Ain sangat bermakna.

Katanya, sakit yang dilalui memang sukar dibayangkan, tapi apabila melihat wajah Soraya kali pertama semuanya hilang begitu saja.

Ain dan Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mereka mengikat pertunangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.