Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

airasia food tawar promosi hidangan satu sen

SEPANG: airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen untuk hidangan istimewa daripada peniaga terpilih untuk masa yang terhad.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pelanggan boleh menebus hidangan satu sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

Ketua e-dagang Airasia super app, Lim Ben Jie, berkata promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan syarikat berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.

“Kami yakin bahawa promosi masa terhad ini akan menarik perhatian ramai, jadi menggalakkan pelanggan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan untuk memesan hidangan satu sen ini di lokasi pilihan anda.

“Kami juga berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk pelanggan,” tambah beliau.

Ini juga adalah satu peluang untuk syarikat menghargai komuniti yang terus menyokong sejak pelancaran airasia food pada Mei 2020.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.