Aishah ubat rindu peminat di TV2, malam ini

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerinduan peminat menyaksikan Aishah beraksi dalam konsert bakal terubat apabila penyanyi Janji Manismu itu muncul dalam program hiburan, Konsert Minggu Ini (KMI) : In Person With Aishah di TV2, malam ini.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, konsert selama 90 minit itu dianggap acara ‘pemanas’ sebelum beliau menjayakan konsert lebih besar iaitu MPO dan Aishah : A Musical Journey yang tertangguh.

“Ini bukanlah konsert lepas geram seperti disangka. Ini ‘prelude’ yang bakal menjadi medan menguji stamina kerana mengambil masa 90 minit.

“Konsert ini saya anggap penting kerana menggambarkan kesediaan saya sebelum menjayakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang lebih besar dengan tempoh panjang,” katanya kepada BH Online.

Aishah berkata, KMI : In Person With Aishah diterbitkan Nor Kuzaimah Abd Aziz, menterjemahkan perjalanan karier seninya selama tiga dekad.

“Saya cuba mengembalikan nostalgia peminat yang membesar dengan lagu nyanyian saya.

“Ada antara lagu yang dipersembahkan belum pernah dinyanyikan dalam mana-mana acara dan saya teringin mendendangkannya.

“Saya juga membuat ‘tribute’ untuk idola saya iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam konsert itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas persembahan Aishah ketika menjayakan rakaman konsert itu, Nor Kuzaiman atau lebih dikenali dengan panggilan Oja mengakui kehebatan dan aura dimiliki penyanyi bervokal mantap itu.

Malah, akui Oja, Aishah cukup profesional ketika bekerja.

“Sepanjang rakaman Mac lalu, semuanya lancar dan sempurna. Tidak banyak yang perlu dibetulkan kerana nyanyian Aishah sangat sempurna.

“Jika ada yang perlu diulang, semuanya atas permintaan Aishah yang tidak puas hati dengan hasilnya.

“Kami hanya berehat untuk Aishah tukar baju sahaja. Memang seronok dapat bekerjasama dengannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.