‘Akhirnya…”- Fazley Kenang Arwah Bapa Setelah Anwar Ibrahim Sah Jadi PM

Tanggal 24 November 2022 merupakan hari bersejarah bagi negara, apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah telah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Kalau Arwah Bapak Masih Ada..”

Penyanyi, pelakon, dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi hantaran di Instagram menitipkan rasa syukur di atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM dan menyatakan bahawa arwah bapanya berita tersebut pasti akan membahagiakannya jika dia masih hidup.

“Akhirnya!! Alhamdulillah! Tahniah @anwaribrahim_my. #HanyaYangTahuJeTahu. Kalau arwah Bapak masih ada, pasti hari ini merupakan hari paling membahagiakan beliau. Perjuangan, usaha dan doa-doa yang akhirnya termakbul!.

Arwah bapak bertugas dibawah beberapa Perdana Menteri selaku setiausaha kerja UMNO dan Barisan Nasional pada ketika itu.”-Kongsi Fazley

Sekadar info, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada jam 5.00 petang di Istana Negara, semalam.

The post ‘Akhirnya…”- Fazley Kenang Arwah Bapa Setelah Anwar Ibrahim Sah Jadi PM appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.