Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Alif Satar rela SOP ‘shooting’ diketatkan

[email protected]

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar mengakui akur sekiranya kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengetatkan semula syarat prosedur operasi standard (SOP) untuk penggambaran drama atau filem.

Ia berikutan kes positif jangkitan Covid-19 terbaharu membabitkan golongan penggiat seni terutama pelakon didapati semakin ramai pada ketika ini.

Alif, 31, atau nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, perkara ini perlu dipandang serius kerana virus Covid-19 sekarang sudah berada dimana-mana sahaja.

“Kalau diperketatkan balik pun, kita kena ikutlah. Saya seorang warganegara yang patuh pada undang-undang. 

“Kalau kerajaan kata tak boleh ‘shooting’, kita ikut juga. Saya tak nak pening kepala nak fikir itu dan ini serta perlu berbahas panjang lebar. 

“Kerajaan cakap tak boleh rentas negeri, namun dibolehkan jika ada alasan dan surat, saya akan buat. Saya orangnya begini mudah, patuh,” katanya.

Menurut Alif lagi, baru-baru ini dia mengayuh basikal ke Putrajaya untuk menghasilkan satu kandungan program di saluran YouTubenya. 

“Ada warganet persoalkan tindakan saya itu, tapi saya ada surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membolehkan untuk berbuat demikian.

“Saya mengikut saluran undang-undang yang betul dan ia bukan satu kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Alif pernah disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.

Dia yang terbabit dengan penggambaran drama di Melaka kemudian menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Melaka selama 12 hari.

Bagaimanapun, Alif sangat bersyukur apabila dia akhirnya kembali sihat dan dapat semula bersama isteri, anak-anak dan keluarganya.

“Tempoh 12 hari menjalani kuarantin bukan perkara mudah. Tapi alhamdulillah, Tuhan bagi saya satu kelebihan untuk berusaha mengatasi setiap masalah secara positif,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.