Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-0HiF09.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-0HiF09.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Amuk ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki mabuk dibelasah pekerja pasar raya

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pergelutan antara pekerja dan lelaki itu ketika menghalaunya keluar.

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai mabuk yang tidak mahu memakai pelitup muka ketika masuk ke sebuah pasar raya di Padawan, Sarawak, kelmarin menerima padah setelah dibelasah beberapa pekerja premis tersebut.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, dilihat pergelutan tercetus antara pekerja dan lelaki berkenaan ketika mereka cuba menghalaunya keluar, lapor Harian Metro.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Lim Jaw Shyong, kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Kota Sentosa sekitar 4.30 petang, dan apabila pasukan Task Force 4 Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan tiba di tempat kejadian, lelaki berkenaan sudah beredar.

“Polis berjumpa dengan pengurus pasar raya terbabit dan hasil siasatan mendapati lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk masuk ke pasar raya tanpa memakai pelitup muka.

“Sebelum keja dian, dia dinasihatkan pihak pengurusan pasar raya untuk memakai pelitup muka tetapi berdegil lalu mengamuk sebelum pekerja pasar raya itu terpaksa menggunakan kekerasan menghalaunya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dimaklumkan lelaki terbabit tidak mengalami kecederaan yang serius, menurut Lim.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.