Anak Malaysia pelakon utama Move To Heaven di Netflix

[email protected]

Kuala Lumpur: Pelakon Malaysia, Tang Jun-sang, 17, membintangi watak utama drama terbaru di Netflix berjudul Move To Heaven yang mula ditayangkan semalam.

Jun-sang yang mula meraih perhatian menerusi drama terdahulu Crash Landing On You sebelum ini mendedahkan bapanya adalah warga Malaysia manakala ibunya dari Korea.

Melakonkan watak Geu-ru yang juga penghidap sindrom Asperger (gangguan saraf kategori autisme), Jun-sang mengakui watak digalasnya itu sangat mencabar dan memberi tekanan.

“Saya rasa sedikit tekanan. Tapi sebaik lakukan penggambaran, saya banyak belajar daripada Lee Je-hoon dan Hong Seung-hae (rakan pelakon) sekali gus meredakan tekanan itu.

“Geu-ru mengalami kesukaran dalam mempamerkan emosi. Dia boleh mengalami emosi yang berbeza namun tidak mampu tunjukkannya,” katanya.

Pengarahnya Kim Sung-ho bagaimanapun memuji Jun-sang adalah seorang pelakon yang genius. Dia bahkan berjaya lunaskan sebuah babak berdurasi lima minit dengan cemerlang.

“Dia tidak buat sebarang kesilapan dan penggambaran untuk babak itu cuma dibuat sekali saja. Dia seorang Pelakon yang genius,” katanya.

Move To Heaven berkisar pesakit sindrom Asperger yang perlu menyesuaikan diri dengan bapa saudaranya juga bekas banduan, Sang-gu (Je-hoon). Mereka perlu meneruskan perniagaan perkhidmatan ‘buang trauma’ yang diwarisi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.