“Anda Semua Memang Luar Biasa!”- Aznil Nawawi Titip Rasa Syukur Orang Ramai Beri Sumbangan Buat Zamani

Baru-baru ini selebriti dan pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani yang menghidap penyakit skoliosis mengakibatkan tulang belakangnya semakin bengkok.

Tabung Kutipan Dana Ditutup Jam 12 Malam

Aznil atau mesra disapa Pak Nil menerusi sebuah hantaran di Instagram memaklumkan bahawa tabung kutipan dana telah ditutup pada jam 12 malam tadi dan sedang berbincang dengan pihak Zamani untuk menyerahkan wang kutipan itu.

“Sebaik tepat 12 malam, Paknil akan tutup kutipan dan umumkan jumlah penuh kutipan. Pak nil sedang berbincang dengan pihak Zamani untuk penyerahan wang kutipan.”-Kongsi Pak Nil

Kutipan Cecah Lebih RM100 Ribu!

Pak Nil turut mendedahkan jumlah penuh kutipan dana orang ramai yang sudah mencecah lebih dari RM100 ribu.

“Tabung bantuan untuk Zamani dah PakNil tutup ya guys. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip. Memang di luar jangkaan. Memang ramai sayangkan @zamanislam_official.”-Kata PakNil

via Instagram Aznil Haji Nawawi

Doakan Orang Ramai Yang Beri Sumbangan Buat Zamani

Di kesempatan itu, Pak Nil turut mendoakan orang ramai yang telah memberikan sumbangan agar dibalas rezeki yang berganda oleh Allah SWT.

“Semoga Allah balas kebaikan korang dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Dan semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhka. Amin.”-Titip Pak Nil

via Instagram Aznil Haji Nawawi

Sebelum ini, Murai MY melaporkan Pak Nil telah memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita, yang dirakam beberapa bulan lalu. Menurutnya, telah berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan pelantun Gerimis Mengundang itu.

The post “Anda Semua Memang Luar Biasa!”- Aznil Nawawi Titip Rasa Syukur Orang Ramai Beri Sumbangan Buat Zamani appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.